Jumaat, 29 Mei 2009

Pertandingan Badminton

Penganjur : En. Muhadi

Pertandingan badminton tertutup mapua akan dianjurkan tidak lama lagi. mungkin dalam masa 1 minggu lagila.. atau dalam masa 2,3 hari saja lagi.
Sekarang memang musim sukan la di kampung. Petang main Volleyball, lepas tu malam pula dorang main Badminton mula dari jam lebih kurang 8.30 sampaila tengah malam atau sampai habis shuttle bapa si isam. Tapi okla, klu ada aktiviti yang sihat macam ni remaja-remaja di Mapua kurangla sikit masa dorang terbuang (Tanpa aktiviti bermanfaat). Disamping dapat bersosial juga dengan orang kampung dengan cara yang sangat sihat.

Team Volleyball sejak kebelakangan ni banyak sangat kemajuan. Sekarang dorang sdh selalu buat friendly match dengan team lain dan baaaru petang tadi dorang pigi lawan team hospital. Saya dengar dorang gabung sama team Kota Ayangan. Hmmm.... Bungkus la tu team Hospital kan hahaha..!

Berbalik sama itu tajuk "Post" saya ini, pertandingan badminton yang mungkin akan diadakan dalam minggu depan (mungkin la), dorang cakap sistem cabut undi. maksudnya pasangan bergu akan ditentukan dengan cabutan undi. HAHAHAHA...dorang takut kalau main pilih pasangan sendiri, nanti tiada fight!!. tidak kisahlah apa sistem yang dorang pakai, tapi yang paling penting bagi saya ialah dia punya isi tersirat disebalik penganjuran ni. Semangat "Kekitaan" atau orang putih cakap "Brotherhood, To strenghten the brotherhood among us" yang mana sangat bagus!!! Majulah sukan di kampung kita!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Slider

Video

FEATLIST

About Me

TABDIV

Random