Potong Sana Potong Sini
Mapua telah menganjurkan satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perkampungan. Berita bergambar akan dimuatkan dalam ruangan ini selepas ini kerana aktiviti bergotong royong sedang berjalan dan si tukang gambar baru saja pigi mengambil gambar. Tapi momorutum dot kelihuai negi isio mongigit dot botiri kamera!
En. Kokok sedang mengangkat batang pokok pinang yang telah ditebang tumbang oleh orang kampung dan dibantu oleh Kidin (menghadap kamera) dan tuuut (tidak kenal) yang membelakangi kamera.
p/s : Okok macam lain saja yang ko pigang itu. Macam ko punya ngoli saja hehehe...
Aktiviti gotong royong yang bermula seawal jam 8 pagi ini mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung Mapua khususnya golongan belia Mapua. Aktiviti sosial ini diadakan berikutan jangkitan denggi yang pertama dilaporkan di Mapua yang mana melibatkan seorang pemuda berumur 30 tahun, masih bujang dan ada di dalam gambar di bawah (si Misaha ba...). kesedaran mengenai kes-kes sebegini amat baik untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi ke atas orang lain.
Hasan sedang membantu mengalihkan batang pinang yang telah ditebang berhampiran dengan gelanggang bola tampar kampung Mapua.
Salah satu lagi faedah daripada aktiviti gotong royong hari ini ialah pembersihan gelanggang bola tampar juga dapat dilakukan dan ini amat menggembirakan sesetengah pihak yang berkepentingan khususnya belia Mapua yang hari-haaaari main bola tampar.
Belia Mapua sempat memberi gaya sambil menarik pokok pinang dekat rumah si Muhadi untuk ditumbangkan menggunakan chainsaw si buqoqoq.
Kelihatan dalam gambar (Dari depan) : Rozaili, Hasan, Hairi, Jumat, Bukokok, Dalipin (si kokok tirung) dan Zamri (A.K.A Gombol)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.